Home PADI Varieti-Varieti Padi
Varieti-Varieti Padi PDF Print E-mail
Sunday, 06 June 2010 19:09

  1. PADI MR 232

    Varieti MR 232 adalah yang terbaharu ditemui mempunyai beberapa keistimewaan antaranya mutu beras dan cita rasa nasi yang sangat baik, kerintangan terhadap penyakit karah dan umur matang yang singkat.  Penanaman MR 232 memerlukan kemahiran pengurusan yang tinggi kerana ia amat sensitif kepada persekitaran.  Ia tidak memerlukan kadar pembajaan yang tinggi seperti MR 219 atau MR 220.  Ia amat sesuai untuk pengeluaran beras khusus mengikut varieti.

    Pembiakan MR 232 bermula pada musim luar 1994 dengan kacukan antara varieti W 60, iaitu varieti beramillos rendah dari Thailand dengan Y 1157, satu baka tempatan yang mempunyai sifat morfologi pokok yang baik serta rintang terhadap penyakit dan perosak utama tanaman padi.  Pemilihan dilakukan berasaskan ciri-ciri tangkai dari generasi kedua (f2) hingga generasi kelima melalui sistem tanaman secara tabur terus.  Pemilihan pokok individu dilakukan semasa generasi ke 6 hingga ke 8.  Proses pemilihan ini telah menghasilkan titisan RU 6261-21-1-1 yang diuji dalam Percubaan Hasil Awal yang dikenali dengan kod SPD 85 dan akhirnya memasuki Percubaan Hasil Lanjutan dan ia diberi kod baru Y 1333.  Selepas itu baka ini dinilai dalam Percubaan Penyesuaian Baka dan Percubaan Penetusahan Setempat menggunakan kod MR 232.  Memandangkan varieti ini mempunyai tindak balas terhadap pembajaan yang berbeza, maka pakej pengurusan yang khusus untuk varieti ini dibangunkan.

    MR 232 dikategorikan sebagai varieti yang matang awal.  Ia mempunyai bentuk pokok yang tegak dan rendah berbanding dengan MR 219.  Batangnya kuat dan tahan rebah.  Seperti MR 219, ia dapat menghasilkan anak sekitar 450-500 pada setiap meter persegi.  Tangkainya lebih panjang daripada MR 219 menghampiri 26 cm.  Kepadatan biji pada tangkai adalah lebih jarang jika dibandingkan dengan MR 219 dan ini meningkatkan peratus padi beruas.  Varieti ini mempunyai bentuk biji padi yang menarik dengan perbezaan panjang yang ketara jika dibandingkan dengan MR 219 tetapi bijinya lebar atau sama dengan MR 219.  Berat seribu biji MR 232 (28.9 gm), adalah lebih berat daripada MR 219 dan diklasifikasikan sebagai gred panjang dan ini membolehkannya mendapat harga yang premium di pasaran.


  2. MR 220

    Varieti padi MR 220 yang juga dikenali sebagai Padi Mas di kalangan petani, mempunyai keturunan yang sama dengan MR219.  Setelah melalui proses pemilihan dan penilaian ciir-ciri dan prestasi hasil yang memakan masa sekitar 12 tahun, ia telah menunjukkan beberapa kelebihan yang mewajarkannya disyorkan kepada petani.  Varieti ini mempunyai bebrapa ciri yang dapat menandingi MR 219.

    Pembiakbakaan:

    Varieti MR 220 dihasilkan melalui kacukan antara baka MR 151 dan MR 137.  Penanaman generasi kedua (F2) hingga generasi kelapan (F8) dilakukan secara tabur terus dan pemilihan dilakukan berasaskan ciri tangkai sahaja.  Pemilihan untuk mendapatkan bentuk pokok yang baik dilakukan pada tiga generasi selanjutnya dan ketika proses penulenan.

    Varieti ini diuji dalam Percubaan Hasil Awal pada Musim Luar 1996 hingga Musim  Utama 1996/97.  Ia kemudiannya diteruskan ke Percubaan Hasil Lanjutan selama tiga musim (Musim Luar 1997 hingga Musim Utama 1998/99) dan seterusnya Percubaan Penyesuaian Baka pada Musim Utama 1999/2000.  Ia diuji dalam percubaan ini selama empat musim di 16 lokasi yang berbeza di kawasan utama tanaman padi Semenanjung Malaysia dengan frekuensi ujian sebanyak 34 kali.  Setelah menunjukkan prestasi yang baik, Percubaan Penentusahan Setempat (LVI) dijalankan.

    Ciri-Ciri Varieti:


    Umur Matang

    Varieti MR 220 mempunyai umur matang yang sama dengan varieti MR 219 iaitu sekitar 105 hingga 113 hari bergantung pada musim dan sistem penanaman yang diamalkan.  Varieti ini matang lebih kurang 10 hari lebih awal berbanding varieti MR 84.

    Bentuk Pokok

    Bentuk pokok MR 220 tidak banyak berbeza daripada varieti MR 219 dengan varieti MR 219 dengan ketinggian batang antara 76 cm hingga 80 cm.  Ia mempunyai daun yang lebat di bahagian pangkal pokok dan daunnya lebar sedikit dengan varieti MR 219.  Daun pengasuhnya tegak tetapi boleh melentok sekiranya terlebih baja atau ditanam di kawasan yang terlalu subur.

    Tangkai dan Biji

    Tangkai MR 220 adalah sama panjang (23 cm) dengan MR 219 tetapi jauh lebih panjang daripada varieti MR 84 (19.8 cm).  Walau bagaimanapun bilangan biji setangkai bagi MR 220 adalah rendah sedikit daripada MR 219 tetapi lebih banyak daripada MR 84.  Perbezaan yang ketara antara MR 220 dengan MR 219 dapat dilihat pada ciri-ciri bijinya.  Biji MR 220 lebih besar, panjang, lebar dan berat daripada MR 219 dan juga MR 84.  Berbentuk panjang dan bujur, beras MR 220 dikategorikan dalam gred panjang.

    Kerintangan Musuh dan Penyakit

    Varieti MR 220 mempunyai tahap kerintangan yang sangat baik terhadap tiga perosak utama padi iaitu penyakit karah dan hawar daun bakteria dan sederhana rintang terhadap penyakit merah virus.  Tahap kerintangan ini setanding dengan varieti MR 219.  Walau bagaimanapun, ia hanya sederhana rentan terhadap hawar seludang seperti MR 219 dan MR 84.  Untuk hawar seludang, kawalan perlu dilakukan melalui kaedah kimia dan amalan agronomi yang baik.

    Pengilangan

    Berbanding dengan MR 219, MR 220 mempunyai peratus perolehan beras (76%) dan perolehan beras kepala (83%) yang lebih baik walaupun perbezaannya hanyalah sekitar 4% dan 2% sahaja.  Biji beras MR 220 adalah yang terpanjang (purata 6.95 mm) berbanding dengan MR 219 (6.91 mm) dan MR 84 (6.07 mm).  Walaupun begitu, lebih berasnya adalah lebih rendah daripada kedua-dua varieti MR 219 dan MR 84.  Ini memberi gambaran bahawa bentuk biji beras MR 220 lebih tirus (slender) berbanding dengan MR 219 ataupun MR 84.

    Mutu Nasi

    Kelembutan nasi MR 220 adalah setaraf dengan MR 219 memandangkan kandungan amilosa yang hampir sama bagi kedua-dua varieti ini iaitu sekitar 20% hingga 22% berbanding dengan MR 84 yang mempunyai citarasa nasi yang keras (28% amilosa).  Nilai kekonsistenan gel dan juga pepecahan alkali juga memastikan varieti MR 220 dan MR 219 mempunyai citarasa nasi yang lembut, jauh lebih baik daripada MR 84.


  3. PADI MR 219

    Dihasilkan melalui projek Pembentukan Varieti Untuk Sistem Tanaman Tabur Terus yang dimulakan pada awal tahun 1988.  Berbeza dengan varieti-varieti yang terdahulu, varieti ini dihasilkan melalui sistem tanaman tabur terus di semua peringkat pemilihan dan penilaian kecuali di peringkat pembiakan generasi F1 dan pembiakan biji benih.  Oleh itu varieti ini memenuhi sebahagian besar ciri-ciri yang diperlukan untuk pengeluaran hasil yang tinggi di bawah sistem tanaman tabur terus.

    Dihasilkan melalui kacukan antara baka MR 137 dan baka MR 151 yang dilakukan pada musim luar  1991.  Baka MR 137 mempunyai ciri-ciri bentuk pokok yang baik, umur matang yang singkat, saiz dan rupa bentuk biji serta cita rasa nasi yang sangat baik.  Baka MR 151 pula mempunyai kebaikan pada ciri-ciri masa yang seragam pada tangkai dan ciri senesen daun.  Dari segi kerintangan terhadap musuh dan penyakit, MR 137 rintang terhadap benah perang, MR 151 rintang terhadap Penyakit Merah dan kedua-duanya adalah rintang terhadap Karah dan Hawar Daun Bakteria.  Varieti MR 219 didapati mewarisi sebahagian besar ciri-ciri yang baik terdapat baka-baka induk ini.

    Kandungan amilosa MR 219 adalah rendah sekitar 21.4%.  Ini menyebabkan cit rasa nasinya lembut.  Baka MR 219 adalah baka yang berdaun lebat.  Pembajaan awal (peringkat permulaan) tidak perlu melebihi kadar subsidi yang disumbangkan oleh kerajaan.


  4. PADI MR 185

    Telah diperkenalkan pada tahun 1986.  Baka MR 185 dihasilkan daripada kacukan antara baka Y 1056 dan MR 133.  Kacukan ini bertujuan mengurangkan lebar daun MR 133 dan juga meningkatkan bilangan spikeletnya.  Kacukan dijalankan pada tahun 1990.  Dalam sistem tanaman tabur terus, varieti MR 185 matang lebih kurang 112 hari lepas tabur pada musim utama dan 119 hari pada luar musim. Bilangan biji pada 97-186 biji setangkai dengan purata 140 biji setangkai.  Mutu pengilangan beras dan mutu nasi MR 185 hampir sama dengan mutu MR 84.  Beras MR 185 sepanjang 6.45 + 0.29 mm.  Berasnya lebih tirus daripada beras MR 84 dengan nisbah panjang/lebar 2.2.  Potensi hasil MR 185 tinggi dan mudah dicapai.

    Rintang terhadap penyakit karah dan sederhana rintang terhadap hawar daun bakteria, tetapi sederhana rentan terhadap benah perang dan penyakit merah.  Baka ini mudah diserang oleh penyakit bintik perang apabila kandungan kalium dalam tanah rendah.


  5. PADI MR 167

    Kacukan antara baka Y 978 dan baka PTB 18 dilakukan pada musim utama, dan pada musim luar (1986) baka F nya dikacukkan dengan vareiti Muda MR 71.  Objektif kacukan adalah untuk mengurangkan ketinggian dan memperkukuh batang varieti Muda.  Pemilihan dan penulenan dijalankan selama tujuh musim sebelum dimasukkan ke dalam set Percubaan Hasil (Y 1138) dan Percubaan Penyesuaian (MR 167).

    Umur matang awal sedikit (sekitar 121-132 hari) daripada MR 84, bergantung pada musim dan kaedah penanaman.  Tanaman akan matang sekitar 121-125 hari apabila ditanam pada musim utama dan secara tabur terus.  Manakala umur matang akan meningkat sekitar 125-132 hari jika ditanam secara cedungan pada musim luar.  Pokok varieti ini rendah sedikit daripada MR 84 dengan ketinggian batang sekitar 79-80 cm.  Pokok akan menjadi tinggi apabila ditanam pada musim luar dan di kawasan-kawasan yang subur.  Apabila ditanam di persekitaran yang subur, daun pengasuhnya menjadi lebih panjang dan lebar.  Di dalam keadaan terlalu subur daun akan pecah di bahagian urat tengah dan persekitaran mikro yang wujud akan memudahkan varieti ini dijangkiti penyakit hawar seludang atau hawar daun bakteria.  Varieti ini hanya rintang terhadap penyakit karah.  Untuk hawar daun bakteria dan hawar seludang ia hanyalah sederhana rentan.  Ia juga rentan terhadap serangan benah perang dan penyakit merah virus.

    Panjang berat varieti MR 167 ialah 6.51 + 20 mm iaitu panjang sedikit daripada MR 84.  Perolehan pengilangan adalah sekitar 70.1% dan peratus perolehan kepala beras adalah tinggi sekitar 89.8%.  Citarasa nasi adalah sama dengan MR 84 iaitu sederhana sedap.


  6. PADI MR 159

    Kacukan antara baka Y 833 dan baka IR 5491.  Baka Y 833 adalah baka berhasil tinggi tetapi rentan terhadap lelompat daun hijau dan benah perang.  Manakala baka IR 5491 adalah varieti dari IRRI yang sangat rintang terhadap vektor virus penyakit merah. 

    Umur matang varieti ini adalah sekitar 124 hingga 139 hari iaitu sama dengan varieti MR 84.  Perbezaan umur matang ini bergantung pada musim dan kaedah penanaman.  Penanaman secara tabur terus pada musim utama akan menghasilkan tanaman yang matang (85% masak) sekitar 125 hari.  Sementara itu, penanaman secara mencedung pada musim luar akan meningkatkan umur matang sehingga ke sekitar 140 hari .

    Varieti ini mempunyai ketinggian batang antara 75-92 cm.  Ketinggian ini bergantung pada musim penanaman, kaedah penanaman dan kesuburan tanah.  Batang pokok akan menjadi tinggi apabila ditanam di kawasan yang subur secara mencedung dan pada musim luar.

    Varieti ini rintang terhadap karah, hawar bakteria dan penyakit merah.  Bagaimanapun ia rentan terhadap hawar seludang dan benah perang.  Kerintangan terhadap penyakit merah berbentuk kerintangan terhadap vektor lelompat daun hijau.  Pengggunaan varieti ini perlu ditumpukan ke kawasan-kawasan yang mudah diserang oleh penyakit merah.  Pengawalan dengan menggunakan racun kimia atau secara amalan kultur perlu diberi perhatian terutama di kawasan-kawasan yang sering diserang oleh penyakit dan musuh ini.

    Varieti MR 159 mempunyai biji beras yang jauh lebih panjang (6.75 + 0.31 mm) daripada MR 84 dengan perolehan pengilangan di sekitar 80.6%.  Bagaimanapun citarasa nasi varieti ini dikategorikan sebagai sederhana sedap sama seperti MR 84.


  7. PADI MR 127

    Hasil daripada kacukan antara MR 1 / MR 7 dan Y 441 / MR 71.  Varieti MR 127 mempunyai tempuh matang yang singkat, dan sesuai untuk penanaman pada secara tabur terus (115 hari melalui sistem tabur terus)  dan 130 hari dengan penanaman secara cedung. MR 127 dikeluarkan khusus bagi penanaman padi Luar Musim yang memerlukan jangka masa yang singkat untuk mengelakkan daripada banjir dan kemarau. Sifatnya yang kurang  beranak bebanding varieti MR 84 akan membantu mengurangkan suasa persaingan yang wujud di peringkat tumbesaran dalam sistem tabur terus.

    Varieti ini menjadi popular di kalangan petani yang sentiasa mengamalkan penanaman yang lewat atau masalah lewat menanam terutamanya bagi penanaman Luar Musim di Besut.  Melalui amalan kultura yang betul dan menepati masa yang dikehendaki maka MR 127 mampu memberikan hasil yang tinggi sekurang-kurangnya 5.5 tan sehektar.


  8. PADI MR 106

    MR 106 adalah titisan daripada RU 2161-270.  RU 2161 adalah kacukan antara MR 71 dengan IR 21912-131.  Ia adalah satu titisan yang rendah (72 cm) iaitu 10 cm lebih rendah daripada MR 84.  Ia mempunyai sifat pokok yang tegak, beranak banyak, padat dan tegak, dan semua daun tegak termasuk daun pengasuhnya.  Tangkai-tangkainya padat, dan mempunyai 140 biji yang hampir 80% adalah bernas.  Tangkai akan menjadi kecil dengan kaedah tabur terus terutamanya apabila menggunakan kadar benih yang tinggi.  Ianya lebih sesuai di tanah subur.  Di kawasan kurang subur, pokok akan menjadi terlalu rendah dan tangkai terlalu kecil.  Dengan kaedah tabur terus, pembajaan mestilah cukup.

    Beras MR 106 berukuran 6.65 + 0.40 mm dan nisbah panjang: lebar ialah 4.1.  Berasnya jernih sungguhpun peratusan kecil yang berkapor sedikit di tengah.  Berat 1000 biji padi ialah 21 gm.  Perolehan mengilang adalah sebanyak 68% dan potensi kepala beras adalah melebih 85%.  Kandungan amilosnya 29-30% dengan pepecahan alkali yang rendah tetapi gelnya sederhana keras.  Ini menjadikan nasi MR 106 sederhana keras hampir sama dengan MR 84.

    Oleh kerana pokok rendah, varieti ini tahan terhadap rebah dan sangat sesuai dengan kaedah tabur terus.  Ia juga rintang terhadap karah, bena perang, sederhana rintang terhadap hawar bakteria dan sederhana rentan terhadap hawar seludang.  Toleranci terhadap penyakit merah sama dengan MR 84, tetapi kehilangan hasil akibat serangan penyakit merah adalah kurang daripada MR 84 dan rentan terhadap penyakit bintik perang kecil.  Ia juga peka kepada kekurangan nutrien K (kalium)  dan di tanah yang kurang subur/ kekurangan K, serangan penyakit bintik perang kecil banyak berlaku.  Disyorkan untuk kawasan penuaian dengan tangan dan juga tanah masam dan masin.

  9. PADI MR 103

    Hasil kacukan antara titisan RM 1217-432 (MR 13/MR 16) dengan titisan RU 1378-24-4 dari kacukan Y180 / SM2.  Mempunyai bentuk pokok yang tegak termasuk daun pengasuh.  Daun-daunnya tidak terlalu besar dan banyak.  Tinggi batangnya sama dengan MR 84 dalam lingkungan 80-85 cm.  Bilangan tangkai seperdu sama dengan MR 84.  Saiz tangkainya besar dan mempunyai hampir 140 biji setangkai berbanding dengan MR 84 sebanyak 130 biji.  Peratus biji yang bernas ialah 80%. Keupayaan hasil adalah setanding dengan MR 84.

    Berat 1000 biji MR 103 ialah 25-26 gm.  Panjang besar ialah 6.8 + 0.25 mm dengan nisbah panjang: lebar 3.4.  Berasnya jernih tetapi terdapat peratusan kecil yang berkapor sedikit di tengah.  Peratus pengilangan adalah lebih baik dengan peratus perolehan mengilang sebanyak 70% dan lebih 85% daripadanya adalah kepala beras, tetapi ia sensitif sedikit apabila penuaian dilengahkan sehingga peringkat 100% masak.  Oleh itu penuaian disyorkan dibuat pada peringkat 85-95% masak.  Mempunyai kandungan amilos yang tinggi (30%), pepecahan alkali yang sederhana tinggi, tetapi gel sederhana lembut.  Rasanya hampir sama dengan MR 84.

    MR 103 rintang terhadap karah, sederhana rintang terhadap hawar bakteria dan sederhana rentan terhadap hawar seludang.  Tolerensi terhadap PMV sama dengan MR 84.  MR 103 tahan rebah dan sesuai dengan kaedah tabur terus.  Kelemahan yang ketara ialah kepekaannya terhadap keadaan berlebihan nutrien besi, ia akan kelihatan berkarat.  Ia juga kurang beranak di kawasan air dalam.

  10. PADI MR 84

    Varieti MR 84 adalah hasil daripada program memperbaiki sifat-sifat titisan MR 50 (Radin Goi/R82)/Tetep) yang telah dikacuk dengan varieti CR 261-7039-236.  Varieti ini mempunyai tempoh matang antara 132-137 hari.  Tinggi pokok adalah antara 95-105 cm, pokok tegak dan daun-daun tercacak ke atas serta mempunyai daun pengasuh yang pendek dan lebar sedikit.  Ianya rintang terhadap penyakit karah dan sederhana rintang terhadap penyakit merah.  Varieti ini boleh memberi hasil setanding dengan varieti-varieti lain disyorkan dan sesuai untuk petani.

    Varieti ini boleh mengeluarkan 13-17 tangkai seperdu, padi yang bernas antara 125-135 biji setangkai dan berat 1000 biji padi setinggi 26 gram.  Dengan pengurusan yang rapi varieti ini berupaya mengeluarkan hasil lebih daripada 6.0 tan sehektar.  Biji padi berukuran 9.30 + 0.30 mm dan selepas pengilangan, panjang dan lebar kepala beras adalah masing-masing 6.60 + 0.25 mm dan 2.12 + 0.06 mm.   Walaupun pada amnya panjang biji beras melebihi 6,2 mm ada kemungkinan antara 3%-20% biji beras berukuran kurang daripada 6.2 mm yang disebabkan oleh tekanan faktor-faktor persekitaran dan proses pengilangan.  Purata perolehan pengilangan adalah 68% yang terdiri dariapda 71%-95% kepala beras (berdasarkan beras) atau 50%-60% padi (berdasarkan padi).  Pengendalian semasa penuaian dan lepas tuai umpamanya penuaian yang lewat dan pengeringan yang tidak terkawal boleh menjejaskan perolehan kepala beras.  Daripada segi mutu nasi, varieti ini setanding dengan Muda dan lebih baik daripada Setanjung.

    Varieti ini mempunyai peratus kemandungan biji padi yang rendah, keseragaman tempoh matang yang memuaskan, tahan rebah dan lebih toleran terhadap keadaan tanah masam jika dibandingkan dengan varieti-varieti yang lain.  Ianya rintang terhadap penyakit karah, jalur bakteria dan bintik perang; dan sederhana rintang terhadap penyakit merah dan bena perang.  Ia lemah terhadap penyakit hawar daun.  Persekitaran yang kurang stabil dapat mempengaruhi sifat-sifat fizik biji beras

  11. PADI MR71 - MUDA

    Varieti ini adalah hasil dari kacukan RU243-12-3 dan BRJ51-26-11 yang rintang terhadap penyakit karah dan hawar daun.  Ia juga toleran terhadap penyakit merah virus.  Jangkamasa matangnya pendek di antara 125 - 133 hari.  Oleh itu penanaman memerlukan semai muda di mana umur semai semasa mengubah kurang dari 25 hari.

    Sifat morfologi varieti ini sesuai bagi tanaman secara tabur terus kerana perdunya padat serta anak pokok yang tegak.  Tinggi pokok ialah antara 80-85 cm.  Daun pengasuhnya tegak dan tidak kering apabila padi masak.  Di kawasan subur, daun dan tangkainya agak panjang dan berat yang menyebabkan pokok mudah rebah jika masak pada musim hujan.

    Hasil varieti MR71 stabil iaitu lebih kurang 5 tan metrik/ha. dari musim ke musim dan juga di antara kawasan-kawasan.  Di Seberang Prai hasilnya ialah 4.8 - 5.6 tan metrik/ha. dan di luar kawasan MADA ialah 4.3 - 6 tan metrik/ha.

    Dalam ujian penyesuaian sambutan petani terhadap varieti ini adalah memuaskan kerana keadaan daun bersih dari penyakit dan juga lambat kering.  Disamping itu gred berasnya panjang serta mutu menghilang dan mutu nasi lebih baik dari varieti Setanjung.

  12. PADI MR 73 - MAKMUR

    Padi Makmur adalah hasil kacukan jenis Setanjung dan jenis Pongsu Seribu.  Ia mempunyai sifat-sifat lebih baik dibandingkan dengan padi Setanjung.  Padi MR 73 tidak banyak berbeza dengan Setanjung terutama dari segi ketinggian pokok.  Begitu juga dengan tempoh matang di mana ia mengambil masa lebih kurang 130 hari di musim utama dan 140 hari bagi penanaman luar musim.

    Ia mempunyai bilangan biji yang lebih lebat pada tangkainya, peratus hampanya rendah dan banyak biji bernas.  Biji berasnya lebih panjang dibandingkan dengan Setanjung dan mutu nasinya juga lebih baik.  Dari segi kerintangan / ketahanannya terhadap perosak, padi Makmur didapati tahan kepada penyakit karah dan hawar daun serta toleran kepada penyakit merah daripada Setanjung.  Ketahanannya kepada masalah-masalah lain seperti rebah, serangan bena perang hawar seludang, bertih dan reput batang adalah sama seperti Setanjung.  Selain daripada cara mengubah, padi Makmur juga boleh ditanam secara tabur terus.

  13. PADI MR 77 - SEBERANG

    Varieti MR77 adalah hasil kacukan antara RU67009 / Zenith dan IRON171 yang mempunyai rintangan terhadap bena perang dan penyakit hawar daun.  Ianya juga toleran terhadap penyakit merah virus dan penyakit karah.  Kelemahannya ialah kerentangan terhadap penyakit hawar seludang.  Jangkamasa matangnya ialah 134 hari dari semai.

    Pokoknya tegak dan tinggi ialah 80-85 cm.  Tangkainya padat dan berbiji panjang.  Di luar musim dan di tanah subur MR77 mungkin rebah kerana kelebihan daun.

  14. PADI MR 52 - MANIK

    Varieti MR52 ialah hasil dari kacukan (Radin Goi/Ria) 4 dan Tadukan yang mempunyai rintangan terhadap penyakit karah dan hawar daun dan toleransi terhadap penyakit merah.  Varieti ini sangat sesuai di kawasan tanah air dalam seperti di Krian.  Jangkamasa matangnya ialah panjang iaitu diantara 140 - 145 hari.  Oleh itu tanaman secara semaian rakit dan redeh diamalkan.  Bentuk batang pokoknya tinggi dan tegak tetapi tidak rebah seperti varieti Mat Candu.  Padi ini juga mudah direlai.

    Hasil yang didapati di Krian ialah antara 3.8 - 4.4 tan metrik/ha. manakala varieti tempatan Mat Candu berhasil 3.2 tan metrik/ha.  Gred berasnya ialah jenis panjang serta mempunyai mutu nasi yang baik. Kelemahan varieti ini ialah mutu mengilang yang kurang baik kerana peratus beras hancurnya yang agak tinggi.

  15. PADI MR 47 - PADI PULUT SIDING

    Padi pulut gred panjang, bentuk berasnya setanding dengan pulut Thailand dan mempunyai mutu masakan yang amat baik.  Jumlah beras penuh (headrice) adalah lebih tinggi daripada Pulut Malaysia Satu.  Pulut ini cepat matang iaitu dalam tempoh 135-143 hari.  Ia boleh ditanam dua kali setahun di kebanyakan kawasan padi yang mendapat bekalan air yang sempurna.  Hasil diperolehi lebih kurang 430-750 gantang seekar (1,075 -1,975 gantang sehektar).

  16. PADI MR 27 - KADARIA

    Padi MR 27, yang juga dikenali sebagai Kadaria mempunyai sifat-sifat morfologi yang serupa dengan Sekembang dan Seribu Gantang.  Ia matang dalam tempoh 126-132 hari iaitu 14 hari lebih awal daripada Sekembang.  Ia adalah sederhana tahan terhadp penyakit karah dan sesuai ditanam diberbagai keadaan tanah.

    Hasil yang diperolehi dari kawasan-kawasan pengurusan air yang baik ialah 600-700 gantang seekar (1,500-1,750 gantang sehektar).  Ia menunjukkan daya pertumbuhan yang baik di kawasan padi tanah rendah yang mendapat bekalan air daripada hujan.   MR 27 dikelaskan sebagai gred sederhana.  Mutu nasinya adalah baik.

  17. PADI PH 9 - PULUT HITAM 9

    Hasil daripada kacukan MR 33 (Pulut Putih) dengan Pulut Hitam Siam.  MR 33 mempunyai tempoh matang sederhana, pokok rendah dan hasil tinggi. Pulut Hitam Siam pula mempunyai tempoh matang yang panjang, pokok tinggi dan hasil rendah.  PH 9 ialah satu titisan matang awal (132-137 hari selepas menabur mengikut musim), pokok rendah (68-76 cm) dan tidak mudah rebah.  Oleh sebab itu PH 9 berupaya menerima pembajaan yang sederhana tinggi dan dapat menghasilkan 4-0-4.7 tan/hektar.

    Setanding dengan varieti-varieti pulut hitam tradisional yang lain dan sangat sesuai untuk dibuat bubur.  Perolehan pengilang adalah baik sehingga 80% kerana tidak perlu dikilat tetapi hanya dikupas kulit.  Cara ini juga tidak menyebabkan masalah beras hancur yang berlaku semasa beras dikilat.  Berasnya berukuran 6.0-6.t mm.  Boleh ditanam pada kedua musim dan tidak rebah.  Hasilnya tinggi berbanding dengan jenis pulut hitam tradisional.  Mutu pulutnya baik.

    PH 9 rentan terhadap penyakit hawa seludang.  Semua jenis pulut, terutama pulut hitam mempunyai kadar kacukan semula jadi yang lebih tinggi daripada varieti biasa, maka dalam pembiakan benih ianya memerlukan lebih perhatian kerana kacukan dengan varieti lain daripada pulut hitam akan menyebabkan beras bercampur putih dengan hitam dan juga pulut dengan bukan pulut.  Seelok-eloknya asingkan pembiakan sama ada secara jarak masa atau tempat.

  18. PADI W 60

    Berasal dari Selatan Thailand.  Mempunyai tempoh matang yang singkat, mempunyai berat 1000 biji yang paling tinggi dan dilaporkan mempunyai ciri-ciri rentang terhadap penyakit merah virus.  Mula dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1989.  Walaupun mempunyai sifat-sifat istimewa prestasinya berbanding dengan varieti MR 127, varieti W 60 ini perlu dipertingkatkan lagi melalui program-program kacukan bagi memperbaiki sifat pokoknya yang berbentuk V atau kipas dan juga mengekalkan hanya daun pengasuh jenis tegak sahaja, demi untuk menjamin hasil dan mutu padai yang tinggi.

  19. PADI BUKIT / PADI HUMA

    Juga dikenali sebagai Padi Hutam, sejenis padi yang ditanam di atas bukit diusahakan sejak dahulu lagi.  Ia juga ditanam di tanah pamah yang tidak berair, berbeza dengan padi sawah yang ditanam  di petak-petak yang mempunyai air.  Biasanya ditanam oleh Orang Asli dan Melayu yang tinggal di kawasan pendalaman.  Ia ditanam di bukit atau tanah yang baru dibuka.  Penanaman padi huma biasanya dijalankan secara tradisi dan sara diri.

    Musim penanaman selalunya pada bulan Jun/Julai setiap tahun dan akan ditunai pada bulan November dan Disember tahun berkenaan.  Keistimewaan yang terdapat pada padi ini selain dapat tumbuh di atas darat ialah aroma beras dan nasinya yang wangi.  Selain dari itu nasinya lembut dan sedap dimakan.  Kesedapan dan aroma ini berbeza mengikut jenis padi berkenaan.  Ketinggian pokok padi ini boleh mencapai 6 kaki bergantung kepada jenis dan kesuburan tanah. 

    Jenis-jenis Padi Huma

    Padi Kuku Belang, Pulut Puteh, Padi Balam, Pulut Hitam, Padi Puteh, Taring Pelanduk, Mayang Pasir, Rambai, Lengkuas, Padi Hitam, Langsat,  Mayang Kuning,  Lumut dan Mayang Legar  Nama-nama yang digelarkan kepada jenis padi ini bergantung kepada panggilan penduduk setempat.  Terdapat juga padi yang sama jenisnya tetapi mendapat nama atau gelaran yang lain di tempat lain.

    Pembajakan tanah tidak dibuat kerana jentera pembajak sukar memasuki kawasan begini.  Manual adalah kaedah yang digunakan untuk menanam Padi Huma.  Kaedah ini memerlukan kayu penugal bulat bersaiz 2" ke 3" garispusat panjangnya antara 1 - 1.5 meter untuk membuat lubang tanaman bagi mengisikan biji benih padi.  Terdapat juga petani menggunakan tabung buluh yang direka khas berfungsi sebagai penugal dan didalamnya diisikan dengan biji benih padi.  Keperluan bijibenih adalah antara 4-5 gantang seekar mengikut jenis padi yang ditanam.  Secara tradisi, padi huma tidak dibubuh baja.  Baja organan semulajadi dan abu sisa pembakaran menjadi sumber makanan utama kepada pokok padi.  Dituai setelah berumur 120-125 hari selepas ditanam.  Kaedah penuaian dijalankan secara tradisional seperti mengetam, menyabit dan memukul menggunakan tong padi.  Kebanyakan padi ini tidak dijual, hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.

  20. PADI ANGIN

    Padi angin ialah jenis padi yang boleh ditakrifkan sebagai rumpai.  Padi rumpai ini akan mengakibatkan pengurangan hasil padi serta penurunan mutu beras yang dihasilkan.  Di Malaysia, padi angin telah menjadi masalah besar di kawasan penanaman padi secara tabur terus terutama di Projek Barat Laut Selangor dan juga kawasan pengairan Muda.  Di kawasan yang terdapat padi angin tumbuh dengan kadar sederhana, hasil padi berkurangan sehingga 50-60%.  Di kawasan yang terdapat ia tumbuh dengan banyak, hasil padi boleh berkurangan sehingga 74% dan padi yang ditanam akan rebah bersama padi angin tanpa memberi sebarang hasil. Padi angin membiak melalui biji benih yang lerai, gugur dan tumbuh secara semula jadi.  Padi angin bukan saja susah dikawal tetapi juga memerlukan kos yang tinggi untuk mengawalnya



CIRI-CIRI VARIETI PADI MR 232

Ciri MR 232 MR 219
Pokok Tempoh matang (hst)
Tinggi pokok (cm)
Bilangan anak/m2
103-113
77-79
491
104-119
78-86
485
Tangkai Panjang tangkai (cm)
Bil. biji bernas/tangkai
Steriliti (&)
25.7
43
46
24.7
56
56
Biji Padi Panjang (mm)
Lebar (mm)
Berat seribu biji (g)
10.22
2.36
28.90
10.13
2.46
28.30
Kerintangan penyakit
dan perosak
Karah
Hawar daun bakteria
Bena berang
Penyakit merah virus
Hawar seludang
S. rtg
S. rtg
S. rtg
S. rtg
Rtn
S. rtg
S. rtg
S. rtg
S. rtg
Rtn
Pengilangan Beras putih (%)
Beras kepala (%)
Panjang (mm)
Lebar (mm)
68.8
56.5
7.28
2.18
64.7
62.7
6.98
2.09
Cita rasa nasi Kandungan amilos
Kekonsistenan gel
Nilai sebaran alkali
Teksur
20.2
60
4
lembut / licin
20.1
52
4
lembut


CIRI-CIRI VARIETI PADI MR 220 BERBANDING
DENGAN MR 219 DAN MR 84

Ciri MR 220 MR 219 MR 219
Pokok Umur matang (hari
Tinggi batang (cm)
105-113
76-78
105-111
76-78
106-120
72-77
Tangkai Panjang tangkai (cm)
Bil. biji bernas setangkai
Biji hampa (%)
23.3
76
33.3
23.2
84
34.7
19.8
69
34.3
Biji Padi Panjang biji (mm)
Lebar biji (mm)
Berat 1000 biji (g)
10.39 + 0.19
2.50 + 0.08
29.15
10.36 + 0.32
2.46 + 0.12
27.1
9.24 + 0.35
2.5 + 0.12
26.82
Kerintangan Karah
Hawar bakteria
Benah berang
Penyakit merah
Rintang
Rintang
Sederhana Rentan
Sederhana Rintang
Rintang
Sederhana Rintang
Sederhana Rintang
Sederhana Rintang
Rintang
Rentan
Sederhana Rentan
Sederhana Rentan
Pengilangan Perolehan beras (%)
Beras kepala (%)
Panjang beras (mm)
Lebar beras (mm)
76
83
6.95 + 0.29
2.06 + 0.07
72
81
6.91 + 0.23
2.10 + 0.07
72
83
6.07 + 0.25
2.11 + 0.10
Mutu Nasi Kandungan amilosa (%)
Kekonsistenan gel
Pepecahan alkali
Teksur nasi
22.1
50
4.3
lembut
20.1
46
2.8
lembut
28.1
28
7
Keras



CIRI-CIRI VARIETI PADI MR 159 DAN MR 167
BERBANDING DENGAN MR 84

Ciri-ciri MR 159 MR 167 MR 84
Agronomi
Umur matang (hari)
Tinggi batang (cm)
Berat 1000 biji (gm)

124-139
75-92
25.7

121-132
79-89
23.7

124-137
81-90
26.1
Kerintangan
Karah
Hawar Bateria
Hawar Seludang
Benah Perang
Penyakit Merah

Rintang
Rintang
Rentan
Rentan
Rintang

Rintang
Sederhana Rentan
Sederhana Rentan
Rentan
Rentan

Rintang
Rentan
Sederhana Rentan
Sederhana Rentan
Rentan
Lepas Tuai
Panjang Beras (mm)
Perolehan pengilangan %)
Beras kepala (%)
Bantingan
Citarasa Nasi

6.75+0.31
71.5
80.6
Sederhana mudah
Sederhana

6.51 + -.20
70.1
89.8
Sederhana mudah
Sederhana

6.45 + 0.19
67.8
84.2
Sederhana Mudah
Sederhana


Varieti Tinggi
Pokok (cm)
Tempoh
Matang
(hari)
Keseragaman
Tempoh*
Masak
Seperdu
(hari)
Berat
1000
Biji
(kg)
Hasil
(kg / ha)
Mutu**
Nasi
Kerintangan
Karah Penyakit
Merah
Hawar
Daun
Bena
Perang
Seribu Gantang 95-117 126-132 10 18.2 2.9-5.1 2 6 9 7 9
Setanjung (MR1) 110-120 135-145 14 27.1 4.1-6.3 5 9 7 3 9
Muda (MR 71) 110-115 126-132 7 25.8 5.0-5.5 3 2 6 4 9
Seberang (MR 77) 110-115 133-135 10 21.8 5.0-5.5 1 5 5 3 5
IR 42 95-105 135-145 14 21.1 4.5-6.2 4 4 1 3-5 3-5
MR 84 95-105 132-105 7 26.1 4.0-6.2 3 1 5 9 5-7



SIFAT PADI MR 27, SEKEMBANG DAN SERIBU GANTANG

CIRI KADARIA
(MR 27)
SEKEMBANG
(MR 10)
SERIBU GANTANG
Baka IR8, Engkatik,
Secupak dan TM-6
Engkatik,
Secupak dan Ria 163
Ria, Engkatik,
dan Secupak
Jangka masa matang (hari) 126-132 140-146 130-137
Tinggi pokok (sm)
Bilangan tangkai seperdu
95-117
16-20
96-109
14-16
96-107
16
Beras:
Panjang (mm)
Lebar (mm)
Gred LPN

5.8
2.1
Sederhana

5.95
2.05
Sederhana

6.0
2.2
Sederhana
Perolehan selepas dimesin (%)
Mutu masakan (pulut/beras)
Berat 1,000 biji padi (gm)
Bantingan
Padi Hampa (%)
Ketahanan terhadap penyakit karah
66
Baik
18.5
Senang
15-22
Sederhana Tahan
65
Baik
20.7
Senang
15-18
Sederhana Tahan
67
Baik
19.3
Senang
11.8
Tahan
Jarak Tanaman 30 sm x 30 sm atau
25 sm x 25 sm
20 sm x 20 sm atau
25 sm x 25 sm
20 sm x 20 sm atau
25 sm x 25 sm
Pembajaan 70-90 kg N/ha (Pantai Barat) 70-90 kg N/ha (Pantai Barat) 70-90 kg N/ha (Pantai Barat)

60-80 kg N/ha (Pantai Timur)

60-80 kg N/ha (Pantai Timur)

60-80 kg N/ha (Pantai Timur)


CIRI-CIRI VARIETI PADI MR 159 DAN MR 167
BERBANDING DENGAN MR 84

Ciri-ciri MR 159 MR 167 MR 84
Agronomi
Umur matang (hari)
Tinggi batang (cm)
Berat 1000 biji (gm)

124-139
75-92
25.7

121-132
79-89
23.7

124-137
81-90
26.1
Kerintangan
Karah
Hawar Bateria
Hawar Seludang
Benah Perang
Penyakit Merah

Rintang
Rintang
Rentan
Rentan
Rintang

Rintang
Sederhana Rentan
Sederhana Rentan
Rentan
Rentan

Rintang
Rentan
Sederhana Rentan
Sederhana Rentan
Rentan
Lepas Tuai
Panjang Beras (mm)
Perolehan pengilangan %)
Beras kepala (%)
Bantingan
Citarasa Nasi

6.75+0.31
71.5
80.6
Sederhana mudah
Sederhana

6.51 + -.20
70.1
89.8
Sederhana mudah
Sederhana

6.45 + 0.19
67.8
84.2
Sederhana Mudah
Sederhana



SIFAT PADI PULUT MR 47 DAN PULUT MALAYSIA SATU

SIFAT

PADI PULUT SIDING
(MR 47)
PULUT MALAYSIA SATU
Baka

Pulut Sutera, Ria dan Tjina

Pulut Sutera dan Ria

Jangka masa matang (hari)
Tinggi pokok (sm)
Bilangan tangkai seperdu

135-143
97-115
13-15


135-145
95-110
13-15

Beras:
Panjang (mm)
Lebar (mm)
Gred LPN


7.19
2.10
-


6.5
2.6
-

Perolehan selepas dimesin (%)
Mutu masakan (pulut)
Berat 1,000 biji padi (gm)
Bantingan
Padi hampa (%)
Ketahanan terhadap penyakit karah
67
Baik
24.6
Senang
15-21
Sederhana Tahan
62
Baik
22.0
Sederhana Senang
17
Sederhana Tahan
Jarak Tanaman 25 sm x 25 sm atau
30 sm x 30 sm
25 sm x 25 sm atau
30 sm x 30 sm
Pembajaan 70-90 kg N/ha (Pantai Barat)
60-80 kg N/ha (Pantai Timur)
70-90 kg N/ha (Pantai Barat)
60-80 kg N/ha (Pantai Timur)

SIFAT-SIFAT PADI MAKMUR (MR 73) DIBANDING
DENGAN PADI SETANJUNG

SIFAT

MAKMUR (MR 73) SETANJUNG (MR 1)
Baka MR 12/Pongsu Seribu
Tempoh matang dari semaian
- Musim utama
- Luar musim

130
140

135
140
Tinggi batang (cm) 80-90 110-120
Tangkai seperdu (bil) 12-14 14
Biji setangkai (bil) 115-125 90-110
Berat 1000 biji padi (gm) 24-25 27
Gred Beras:
Panjang (mm)
Lebar (mm)
Hampa (%)
Biji Beras (%)
Mutu Nasi
Panjang
6.50-6.63
2.08-2.13
7-10
Baik (64.5-77.6)
Baik
Sederhana / Panjang
-
-
11.7
50-70
Sederhana
Jarak tanaman  (cm) 25 x 25 25 x 25
Kadar pembajaan (kg/ha)
N
P205
K20

80
40
30

70-90
30-40
20
Ketahanan Penyakit:
Karah
Hawar Daun
Penyakit Merah
Bena Perang

Rintang (tahan)
Rintang / Tahan
Toleran
Rentan (Tidak tahan atau peka)

Toleran
Toleran
Toleran
Rentan (Tidak tahan)
Rebah Rintang (tahan) Rintang (tahan)
Purata Hasil (tan metrik/ha) 4.5-5.5 5.0-5.5

CIRI-CIRI VARIETI PADI LAMA

Sifat MR 52 MR 71 MR 77 MR 1
Baka R.Goi/Ria/4 tadukan RU 243/BRJ 51 RU 67009/Zanith
IRON 171
IR 22/Pazudufusu
Jangkamasa matang
(hari) dari semaian
- Musim utama
- Luar musim

140
145

125
133

134
140

134
140
Tinggi pokok (cm) 95 80-85 80-85 110-120
Tangkai seperdu (bil) 13 12 13 14
Biji setangkai (bil) 156 159 161 130
Padi hampa (%)
Berat 1000 biji padi (gm)
6.8
24.2
5.0
25.2
5.3
21.8
11.7
22.7
Gred (LPN) Panjang Panjang Panjang Panjang
Kandungan amylose (%) 28.2 28 30 29
Kelembutan gel Lembut Sederhana Lembut Keras
Beras kepala (%) 55 82.5 86 50-70
Mutu nasi Baik Baik Baik Sederhana
Keupayaan hasil
(tan metrik/ha)
4.0-5.0 5.0-5.5 5.0-5.5 5.0-5.5
Jarak tanam (cm) 25 x 25 20x20 - 25x25 25x25 25x25

 

Last Updated on Sunday, 06 June 2010 19:29
 
Prev   Next   Pause   Play     Scroll   Fade   ScrollFade

Hubungi Kami

128558
TodayToday62
YesterdayYesterday82
This WeekThis Week390
This MonthThis Month1375
All DaysAll Days128558



abj0909@Jun_2010 : Pertubuhan Peladang Kaws. Sg.Ketereh, KM19 Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu, Kelantan (email : ppksungaiketereh@gmail.com)