Home INFOTANI Khasiat Pisang
Khasiat Pisang PDF Print E-mail
Thursday, 23 June 2011 12:05


Khasiat pisang

Pisang bantu elak morning sickness


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pokok pisang yang tergolong dalam keluarga Musaceae ini sememangnya ditanam untuk buahnya yang dijadikan makanan. Selain itu, pokok pisang juga ditanam untuk penghasilan serat untuk digunakan dalam industri tekstil dan juga tujuan hiasan.

Pada mulanya, pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara. Kini ia telah dikomersialkan kerana ia mudah untuk ditanam. Ði Malaysia, kultivar seperti pisang emas, berangan, Cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Manakala kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

pokok pisang hijau


pokok pisang merah

Terdapat beberapa jenis pisang yang terdapat di pasaran di seluruh dunia. Jenis yang biasa ditemui adalah pisang berwarna kuning. Jenis yang lain pula adalah seperti pisang merah iaitu pisang yang mempunyai kulit berwarna hijau merah dan buah berwarna merah jambu.

Rasanya amat manis seperti pisang kuning. Semakin merah buahnya, semakin banyak kandungan karotenanya. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning.

Pisang daripada jenis ‘apple’ adalah lebih kecil dan berukuran kira-kira 8 hingga 10 sentimeter. Buah jenis inilebih cepat matang dan ia berwarna kuning. Pisang daripada jenis ‘baby’ pula adalah jenis yang kecil dan berukuran kira-kira 6 hingga 8 sentimeter. Isinya berwarna kuning dan dikatakan jenis yang paling manis dalam keluarga pisang.

pisang hijau / kuning

pisang merah dari sumber irl-lis

pisang merah

Buah pisang yang berwarna kuning banyak dimakan oleh penggemar pisang. Ia adalah cantuman antara pokok pisang hijau dan merah daripada spesies Musa acuminate atau hibrid Musa x paradisiacal.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa pisang mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandunga serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisangn amat ideal sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.

Melegakan sembelit

Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang , ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Arkib Ophthalmology telah membuktikan bahawa orang dewasa yang mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari mampu mengurangkan risiko (kira-kira 36%) pembentukan kemerosotan makular berkaitan dengan usia (ARMÐ) yang juga merupakan penyebab kehilangan penglihatan pada orang dewasa.

Menguatkan tulang

Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.

Mengurangkan risiko pembentukan penyakit

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Cancer, telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pinggang.

Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Ini adalah disebabkan pisang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.

Melegakan pedih ulu hati dan ‘morning sickness’

Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah ‘morning sickness’.

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah pisang, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

 
Prev   Next   Pause   Play     Scroll   Fade   ScrollFade

Pelawat

46969
TodayToday17
YesterdayYesterday23
This WeekThis Week68
This MonthThis Month68
All DaysAll Days46969

Iklan/Jawatan Kosong

Mesy.Agong Tahunan

Hubungi Kami




Mei_2011 : Pertubuhan Peladang Kawasan Nilam Puri, KM12 Jalan Kuala Krai, Mulong, 16010 Kota Bharu, Kelantan